Andai kecemerlangan di dunia yang kita cari, mampukah kita mencapai kecemerlangan di akhirat kelak? Lindungilah hamba-Mu ini daripada sikap takabur. Pimpinlah dan perkukuhkanlah imanku.Andainya aku terlupa peringatkanlah. Izinkan aku bersimpuh pada-Mu.
Khamis, 31 Mei 2012
Meniti hari-hari penuh dengan kesibukan . Letih, lelah, seronok . stress dan bermacam-macam lagi perasaan menyelubungi jiwa. Hati ini benar-benar terasa... terlalu sibuk menguruskan hal keduniaan... terlalu sedikit mempersiapkan diri untuk akhirat. Semuanya ingin dikejar. Tugasan tidak mencukupi hanya 8 jam bekerja sehari..masih disambung di rumah. Anak-anak yang memerlukan perhatian seolah-olah menagih tumpuan. Jika kecemerlangan dunia yang dikejar semata-mata mampukah aku mencari kecemerlangan di akhirat ? Seharusnya semuanya hendaklah seiring. Moga aku mampu diberi kekuatan untuk melalui hari-hari yang semakin mencabar ini... berilah hambu-Mu ini kekuatan dan kesihatan agar mampu menempuh semuanya seiring untuk dunia dan akhirat.Andainya aku terlupa seketika pada-Mu, Ya Allah...ingatkanlah hambamu ini. Keletihan ini sedikit sebanyak mengganggu kesihatanku. Semuanya tidak seimbang. Namun masih ada sisa-sisa keringat dan kudrat untuk membantu anak-anak didikku mencapai sesuatu yang lebih baik.Mampukah aku? Berikanlah aku kekuatan Ya Allah.Aku tak mahu yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Moga aku mampu melakukannya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan