Sabtu, 26 April 2014

Tugasan Ke-2 :3 AMANAH 2014

Tuliskan pendapat anda tentang kebaikan penggunaan komputer bagi masyarak dunia pada zaman yang mencabar ini. Tuliskan tiga isi sahaja.

2 ulasan:

  1. Isi 1:
    Antara kebaikan penggunaan komputer bagi masyarakat adalah dapat berkongsi maklumat bersama rakan-rakan.Hal ini kerana masyarakat dapat berkongsikan tentang wadah untuk mendidik ke arah positif atau negatif.Sebagai contoh,masyarakat dapat menggunakan rangkaian sosial seperti laman muka buku dan lain-lain untuk berkongsikan maklumat dan melontarkan soalan yang cukup penting sebagai salah satu cara untuk berkongsi maklumat di laman sosial ini.Hal ini kerana rakan-rakan yang berkebolehan dan berilmu dalam sesuatu ilmu akan saling menunjukan cara dan menyampaikan maklumat antara satu sama lain.

    BalasPadam
  2. Isi 2:
    Selain itu,kepada masyarakat yang menggunakan komputer akan menjadikan aktiviti pembelajaran untuk anak-anak akan lebih menarik dan berkesan melalui internet.Hal ini akan memudahkan masyarakat untuk menyelesaikan masalah bersama anak-anak dalam aktiviti pembelajaran secara aktif.Sebagai contoh,anak-anak akan mudah mendapat A dalam pembelajaran kerana mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang disukainya.Sudah terang lagi bersuluh,pembelajaran melalui komputer akan lebih mudah dan ceria kerana mudah mendapat maklumat daripada internet.

    BalasPadam