Ahad, 27 November 2016

TEMPAHAN BANNER & BAHAN CETAK

Kami menyediakan tempahan banner dan  design iklan maya

- Design iklan maya & Banner  RM30
- Banner RM2.00 perkaki
- Bunting RM 45 (5x2 kaki)
                 RM 50 (3x6 kaki)
-kami juga menyediakan perkhidmatan mereka dan menctak BBM (bahan bantu mengajar)

Perkhidmatan lain
mencetak
- buku tulis
- buku resit
- Drawing block
- Drawing book
- kad jemputan


Postage percuma area Batu Pahat dan Muar
contoh design papan tanda


contoh design ABM

contoh bunting 


STEVIA -HIDUP SIHAT DENGAN STEVIA




Anda boleh dapatkan sebotol stevia dengan harga RM60 jika menyertai RCC Stevia
Dapatkan manfaat keahlian hanya dengar harga RM140 (3 botol stevia)
Hubungi saya : Umi (012-7728742)


APA KEUNIKAN , KELEBIHAN DAN KEGUNAAN GULA STEVIA?Kenapa sekarang ini, ramai orang bertukar kepada pemanis semulajadi Stevia? Sebabnya, banyak kelebihan, manfaat dan kegunaan gula Stevia ini. Keunikan gula Stevia itu sendiri membuatkan ia jauh lebih baik berbanding gula pasir yang diperbuat daripada tebu.
Konsep gula Stevia ini adalah lebih manis, lebih sihat. Kalau sebelum ini, kita selalu mengatakan Pahit itu Ubat dan Manis itu Penyakit. Tetapi dengan pemanis Stevia, Manis itu adalah Menyihatkan. Kenapa? Apa kelebihan Stevia?
1. Stevia adalah pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 – 450 kali lebih manis dari gula biasa.
  • Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai “Steviol Glycosides” yang mengandungi Stevioside dan Rebaudioside.
  • Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi sehingga 200 degree C, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycamic (penghasilan gula) dalam badan.
  • Sangat sesuai untuk mereka yang ada kencing manis , obesiti atau ingin menghadkan pengambilan karbohidrat
2. Non-fermentative iaitu bahan aktif yang stabil dan tidak akan basi3. Non-toxic, Non-mutagenic, Non-teratogenic, Non-carcinogenic (tiada kesan bahaya)- terbukti secara kajian saintifik, ia selamat digunakan pada peringkat usia.
Stevia mempunyai fungsi terapeutik perubatan4. Anti-hyperglycaemic – boleh menurunkan dan mengimbangi paras gula dalam darah. Sesuai untuk pesakit kencing manis dan hypoglycaemia.
5. Anti-hypertensive – boleh menurunkan tekanan darah6. Anti-inflammatory – mengurangkan kesan radang7. Anti-tumor- kesan anti-oksidan boleh.mengurangkan risiko kanser8. Anti-diarrheal – merawat cirit-birit9. Diuretic – Mengawal kandungan air dalam badan10. Immunomodulatary effect – meningkatkan sistem imun kepada kuman
Pengedar

Pengedar Stevia Dialu2kan

Modal awal RM140.

Whatsapp 012-7728742

#stevia
#pengedardiperlukan
#pengedardikehendaki

Rabu, 9 November 2016

Derita itu berlalulah...

wajah yg menyimpan kedukaan pada malam itu
4 November 2016, berakhirlah sudah tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan buat aku. Lega aku apabila dapat melepaskan batu yang berat terpikul di bahuku. Malam itu, aku seperti tahun-tahun lalu mahu gembira dan hilangkan stress bersama dengan rakan-rakan. Banyak yang aku korbankan..masa dan wang ringgit untuk membahagiakan mereka..aku tak mahu rakan-rakan aku pulang dengan tangan kosong. Aku mahu mereka puas hari pada hari kemuncak itu.

Aku tak pasti apakah respon mereka selepas majlis..dan aku tak ingin tahu. Yang aku tahu biarlah mereka gembira pada malam itu. Ada kelukaan yang menyisip dalam jiwaku malam itu. Ada kekurangan yang aku rasakan. Dari awal aku membuat persiapan hingga majlis berakhir.
Aku benar-benar rasa kecewa. Mana perginya insan yang selalu bersama aku pada waktu-waktu sebegini? Kita bersama setiap kali majlis. Pulang jauh malam. Aku sentiasa menemanimu. Maghrib itu aku solat sendirian di surau..bersiap sendirian..airmata aku tumpah jua. Inikah ujian atau balasan buat aku? Dalam doaku "Ya Allah hadirkanlah kekuatan pada aku untuk malam ini". Aku hanya mampu menangis sendirian.

Majlis berlangsung dengan lancar. Terima kasih tak terhingga kepada rakan-rakan yang telah membantu aku sekuat tenaga mereka. Anida..banyak bertungkus lumus..aku tau dia bukanlah sihat sangat..tapi dia sangat komited pada tugasnya. Moga Allah anugerahkan dia kesihatan yang baik. Panjangkanlah usianya Ya Allah agar dia dapat berbakti kepada orang tuanya. Azilah..Aqilah.. suzi..mazni..mira..kak jas ..Umi..Kak Ida..liza...mamat..mail..azam banyak membantu aku. Tanpa mereka aku akan hilang terus kekuatan.

Tekanan perasaan pada malam itu, benar-benar menyiksa aku. Dia tidak hadir pada  malam itu. Benci benar dia pada aku. aku kenal benar dengan sikapnya...jika tidak masakan tiada mesej yang aku terima. aduh..luka aku semakin parah..ku gagahi menguntum senyuman pada rakan-rakan. Senyuman yang palsu...ucapan yang ditutur juga hambar pada malam itu . Aku menahan keperitan dan kesedihan .. aku tidak mahu airmata aku tumpah pada malam itu di hadapan rakan-rakan..Aku hampir tumbang di luar dewan...Ramai yang lihat aku tersenyum pada malam itu..tetapi tahukah wajah itu menyimpan seribu satu kedukaan..derita yang entah bila akan berakhir.

Inilah tempat aku meluah rasa..aku tahu tak ramai yang menjelajah ke blog aku ini. jadi aku dapat melepaskan rasa dalam blog ini. Biarlah coretan ini aku tulis dan aku baca sendiri.

Apa yang aku perlu buat untuk mencari kekuatan itu...berdoalah umi..berdoalah ..hanya Allah tempat mengadu...jangan disiksa jiwa..biarlah pengakhiran kita itu bersama cinta Rabbula'lamin. Ya Allah dekatkanlah hatiku dan hati  keturunanku pada-Mu. Tempatkan kami teristimewa dan dekat dengan-Mu.


senyuman kawan-kawan kegembiraanku

Moga persahabatan aku dan sahabatku ini akan berkekalan 

Kekuatan diriku 

Jumaat, 14 Oktober 2016

LUAHAN TAK BERNOKTAH...

Sejak akhir-akhir ini, diri ini semakin kurang cergas untuk melaksanakan tugasan. Aku bukan insan yang cergas seperti dahulu. Emosi aku sering terganggu dengan masalah sekeliling. Tanggungjawab sebagai anak dan adik . Semua terbeban di pundakku. Aku tidak mampu meluahkan rasa kepada sesiapa pun. Semua  akan berkata ' itu tanggungjawabku' . masalah kewangan dalam family juga aku tak mampu luahkan kepada sesiapa pun. Aku harus menanggung kehidupan keluargaku kerana tanggungjawab suamiku terpaksa dihentikan demi melayani kesihatan abang-abangku. Meskipun adik-adik lain banyak membantu, namun perbelanjaan buat keluargaku sedikit terganggu kerana suamiku yang terpaksa tidak berkerja untuk mengurus abang-abangku yang tidak sihat. 

Emosiku semakin terganggu sejak aku menjawat jawatan Pengerusi Kelab Bilik Guru, persahabatan aku dengan sahabat yang selama ini kuanggap syurgaku semakin jauh. Perselisihan faham kami disiram dengan minyak tanah yang semakin menyemarakkan dan merenggangkan perhubungan kami. yang peliknya pihak yang bertanggungjawab ini mampu ketawa dan ketawa tanpa merasa bertanggungjawab untuk menyatukan kami semula. Aku sendiri tidak pasti sehingga bila hubungan kami akan terus dingin. Semua ini benar-benar menganggu emosiku dan menjadikan kesihatanku sedikit merosot. Namun aku tak pernah berputus asa berdoa dan berdoa moga suatu hari nanti kami akan bersatu semula. Keciwa..luka nan parah melihat dia di depan mata tapi menjauh dari aku. Aku tidak mampu pun untuk mengadu pada sesiapa. Aku jadi takut untuk meluahkan rasa pada sahabat-sahabat lain.. aku bimbang aku dikhianati lagi. Kepercayaan aku pudar. Bukan aku tidak memaafkan, tetapi aku tidak mampu menjadi orang yang sangat baik hati. Berkali-kali aku cuba melupai pengkhianatan itu,,,namun setuap kali aku melihat perhubungan aku yang musnah dan runtuh dengan BFF aku , aku terluka lagi. Mampukah dia mencantum semula hati kami yang ROBEK? Persahabatan yang kami bina berpuluh-puluh tahun lamanya.

Aku tidak sabar menanti 4 November...jawatan ini akan aku lepaskan, jawatan yang  telah memisahkan aku dgn BFF aku. aku pernah bercita-cita untuk menyatukan dan menperkuatkan Ukhuwah para sahabatku, rupanya ukuhuwah aku yang terpelanting jauh. Melalui blog ini, aku meluah rasa, meskipun aku berbicara sendirian. aku lebih senang begini daripada berbalah dengan mereka yang tidak pernah merasai kesakitan yang aku alami. Aku cuba mendidik hati agar mampu mengawal perasaaanku ini. Mungkin kesakitan dan kesabaran ini mampu menjadikan aku hamba-Nya yang terpilih di akhirat sana.  Sabar....Umi....Sabar...Masukklah ke syurga terus tanpa perlu menunggu orang yang mencarimu untuk memohon kemaafan. Maafkan mereka.


Ya Allah bantulah aku hidup tanpanya, dan sembuhkanlah luka-luka yg masih berdarah dalam hati ini. Jadikan aku hamba-Mu yang hanya mencintai-Mu melebihi segalanya.

Sabtu, 21 November 2015

DEMI TANGGUNGJAWAB INI


DEMI TANGGUNGJAWAB INI

Demi tanggungjawab ini
dipersalah kami reda
dicaci kami rela
dimaki kami telan
disumpah seranah kami pendam

Demi tanggungjawab ini...
viral berleluasa menelunjuki
fitnah direncana menghukum kami bagai pesalah 
selangkah kami tersilap sejuta hukuman dimomokkan
sepatah kata terungkap pengkhianat kami digelar

Demi tanggungjawab ini...
Kami suapkan anak didik yang memerlukan
Sebelah kaki tanggungjawab 
sebelah kaki lagi impak yang membekas
Semangat yang disulam, airmata derita kami titiskan
Hukuman demi hukuman terus dilontarkan

Sedarlah bangsaku,
rotan tiada lagi untuk mengajar adab dan pekerti
saman dan ugutan beraja di minda
generasi kini semakin berubah
mengerogoti akhlak semakin parah
menikmati hidup kian terbuai
ditegur kami dicela dan dikecam 

Demi tanggungjawab ini
langkah kami semakin terhenti
menyusun baris-baris peraturan yang semakin tersekat
kami bagai gagal membimbing bangsa kami
kami bagai mengapai impian yang hanya khayalan
menangis , sedih dan perit rasanya 
melihat titik hitam
santun yang kian luntur
kesucian yang tercemar
kehormatan yang diragut

Demi tanggungjawab ini
pahit manis harus diteguk
membaluti hati resah
meski jiwa kecewa
meski kemanisan semakin hilang
amanah dititip janji pada-Nya
agar kita tidak berhutang di alam sana.













Ahad, 8 November 2015

Berikan Aku Kekuatan...

Alhamdulillah sepanjang tahun 2015 ini banyak kepahitan yang aku lalui ..betapa sukarnya menjadi seorang pelajar selama 4 tahun. Tahun ini juga aku berjuang dengan kepayahan untuk bergelar seorang siswazah. Kesukaran yang aku lewati ini sedikit sebanyak merupakan ujian Allah buat menguji kesabaranku. Allah Maha Besar, kepayahan yang diberikan, dibalas-Nya dengan seribu macam kemanisan. Anugerah dan hadiah-hadiah penghargaan yang kuterima sejak akhir-akhir ini diberi-Nya sekali gus untuk membayar kepayahan yang kecil itu.
     Mulai 8 Novermber 2015, aku diberi tanggungjawab dan amanah pula untuk memikul tugas sebagai Pengerusi Kelab Bilik Guru dan Staff tahun 2016 (KEBIRUS). Kepercayaan yang dititipkan buat aku merupakan penghargaan dari sahabat-sahabatku. Mereka mewakilkan aku mewarnai tahun 2016 bersama jawatankuasa yang dipilih . Alhamdulillah jika kulihat daripada barisan jawatankuasa yang dilantik, aku sendiri sudah dapat merasai kemeriahan tahun 2016. Aku percaya merekalah tulang belakang aku yang akan membuat aku berdiri teguh dan merekalah wira dan wirawati yang akan berdiri di hadapan aku melorong aku sebagai pemacu pada tahun 2016. Semangat yang mereka tiupkan menjadi kekuatan buat aku.
     Buat sahabat-sahabat yang lain sokongan dan dukungan kalianlah yang akan memeriahkan  SMKPS . Tanpa kalian tak akan mungkin segala yang diimpikan akan direalisasikan. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Aku gembira di sini, di sisi kalian meskipun adakalanya ibarat lidah dengan gigi sering tergigit. Namun kasih tak pernah berkurang. Buat aku kegembiraan rakan-rakan adalah kebahagiaan buatku. Ingat sahabatku kalian...Inikah Keluaga Kita.

Penyerahan Tugasan oleh En Sahri bin Othman

Moga Allah beri kekuatan , kesihatan dan keberanian pada diriku