Sabtu, 26 April 2014

Tugasan Pertama 3 Amanah 2014

Tuliskan pendahuluan karangan anda mengikut teknik yang telah anda pelajari. Anda bebas memilih tajuk .

25 ulasan:

  1. Pada era globalisasi ini, isu masalah disiplin dalam kalangan pelajar sering menjadi bualan hangat oleh sejagat. Jika dibiarkan hal ini akan menjadi semakin parah. Hal ini harus ditangani dengan segera sebelum mencapai tahap yang mencemaskan. Terdapat banyak faktor yang mendorong kepada masalah disiplin dalam kalangan pelajar yang boleh kita rungkaikan dengan lebih mendalam.
    OLEH: Aini Najiha Bte Wardi...

    BalasPadam
  2. Aini kesilapan pada
    oleh masyarakat sejagat.
    Yang lain okey. Teruskan penulisan anda.

    BalasPadam
  3. Oleh:Nurain Asyiqin Binti Muhamad
    Tajuk:Langkah Mengatasi Gejala sosial
    Pada era teknologi ini,gejala sosial sering mendapat perhatian dan liputan media massa.Jika dibiarkan hal ini akan memudaratkan kesejahteraan rakyat terutamanya dalam kalangan remaja.Setiap remaja,perlu mempunyai hasrat untuk membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah.Terdapat pelbagai langkah untuk mengatasi gejala sosial yang boleh kita rungkaikan dengan lebih mendalam.

    BalasPadam
  4. Tahniah.Menarik cuma pada budaya hedonistik tambahkan 'ini"- budaya hedonistik ini. Teruskan.

    BalasPadam
  5. Cara-cara mengatasi kesesakan lalu lintas.

    Pada era globalisasi ini, kesesakan lalu lintas sering menjadi bualan hangat oleh masyarakat dunia. Jika dibiarkan hal ini akan menjadi semakin parah. Hal ini harus ditangani dengan segera sebelum mencapai tahap yang mencemaskan. Terdapat banyak cara mengatasi kemalangan jalan raya yang boleh kita rungkaikan dengan lebih mendalam.

    Oleh: SITI UMAIRAH MANAP

    BalasPadam
  6. k.soalan=langkah-langkah mengatasi kemalangan jalan raya.
    isu=kemalangan jalan raya
    pendahuluan:
    pada era globalisasi,isukemalangan jalan raya sering menjadi bualan hangat oleh masyarakat sejagat. Jika dibiarkanhal ini akan menjadi semakin parah. Hal ini harus ditangani dengan segera sebelum mencapai tahap yang mencemaskan . Terdapat banyak langkah mengatasi kemalangan jalan raya yang boleh kita rungkaikan dengan lebih mendalam
    oleh: Rabiatul Adawiah

    BalasPadam
  7. Pada zaman moden ini,amalan membaca semakin dipinggirkan.Amalan membaca ini perlu diterapkan menjadi budaya dan amalan harian kita.Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat dan positif.Terdapat banyak faedah amalan membaca dalam kalangan masyarakat yang boleh di rungkaikan dengan lebih mendalam.

    Oleh:Nur Atikah Binti Ahmad Azman
    Tajuk:Faedah-faedah membaca

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nur Atikah,
      dirungkaikan (rapatkan). yang lain okey. Tahniah.

      Padam
  8. Oleh Muhd Amirul Syazwan Bin Arsad

    Soalan-Langkah-langkah Mengatasi Kemalangan Jalan Raya
    Pendahuluan-Pada ahad yang lalu,kita dikejutkan dengan berita kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah bas awam dalam perjalanan dari Genting Hingland menuju ke pusat bandar raya.Dalam kemalangan maut berkenaan,40 orang penumpang maut,manakala 15 orang yang lain cedera parah apabila bas berkenaan jatuh ke dalam gaung sedalam 60 meter.Walaupun dikata malang tidak berbau,kita masih boleh mengambil beberapa langkah yang proaktif dalam memastikan angka kemalangan maut tidak terus meningkat.Terdapat beberapa langkah mengatasi jalan raya yang boleh kita perincikan dengan lebih mendalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amirul....Ahad ialah kata nama khas maka tulisan perlu huruf besar. Tahniah pendahuluan yang menarik.

      Padam
  9. oleh Mohamad hariz aiman bin mohamad saleh.

    Punca punca kemalangan

    Pada era teknologi ini,isu kemalangan jalan raya sering menjadi bualan hangat oleh masyarakat dunia. Jika dibiarkan hal ini akan menjadi semakin parah. Hal ini harus ditangani dengan segera sebelum mencapai tahap yang mencemaskan. Terdapat banyak punca kemalangan jalan raya yang boleh kita rungkaikan dengan lebih mendalam.

    BalasPadam
  10. Dari amirul hakim piece yoo :)

    faktor faktor mengukuhkan perpaduan antara kaum

    Pada tanggal 31 haribulan ogos 1957 ,rakyat di tanah melayu dikurniakan oleh Ilahi anugerah yang tidak ternilai iaitu kemerdekaan.Sejarah tersebut telah diraikan hingga kehari ini dengan pelbagai acara.Namun demikian ,semangat kebangsaan sering diludah dengan persengketaan antara kaum dan menjadikan perpaduan semasa rakyat semakin merundum sunyi.Perpaduan antara kaum adalah isu yang amat sensitif terutamanya ambang hari kebangsaan,ini kerana disitulah akan ada racun berbisa yang akan mengbangkitkan isu pekauman.Walaubagaimanapun,rakyat Malaysia bijak menempuhi dugaan dan dapat mengekakalkan semangat perpaduan ini supaya didak dimamah perasaan sengketa.penghayatan nilai murni nini merupakan amalan sihat serta patut diterapkan kepada ganerasi muda.Oleh hal demikian,terdapat banyak faktor yang mengukuhkan perpaduan ini di dalam sanubari setiap masyarakat yang boleh dirungkai satu persatu kedasar jawapan

    BalasPadam
    Balasan
    1. terutamanya menjelang ambang hari kebangsaan,
      di situlah (jarakkan)
      ejaan-membangkitkan
      ejaan mengekalkan
      ejaan tidak
      dalam sanubari bukan di dalam sanubari
      Idea ada dan gramatis .Tahniah namun berhati-hati semasa menulis

      Padam
  11. Oleh: Nurul Syafiqah
    Tajuk: Punca-punca kemalangan jalan raya
    Pada era globalisasi ini, isu kemalangan jalan raya sering mendapat perhatian dan liputan media massa. Jika dibiarkan hal ini akan menjadi semakin parah. Hal ini harus ditangani dengan segera sebelum mencapai ke tahap yang mencemaskan. Persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya walaupun pelbagai pihak telah memainkan peranan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya?

    BalasPadam
  12. Faktor yang mendorong peningkatan masalah disiplin pelajar

    Pada era globalisasi ini,isu masalah disiplin pelajar semakin menjadi bualan hangat oleh media masa.Jika dibiarkan hal ini akan menjadi semakin parah. Hal ini harus ditagani dengan segera sebelum mencapai tahap yang mencemaskan.Apakah faktor yang mendorong masalah disiplin pelajar yang kian menular.

    Oleh:Nurul Najwa Jalal

    BalasPadam
    Balasan
    1. ejaan -ditangani.
      Apakah faktor -ayat terakhir ,perlu ada tanda soal?

      Padam
  13. Tajuk: Punca-punca yang menyebabkan kejadian ponteng sekolah dalam kalangan remaja.

    Dalam meniti arus kemodenan ini, kejadian ponteng sekolah sering menjadi bual bicara dalam kalangan masyarakat tempatan. Kejadian ponteng sekolah akan mempengaruhi minda generasi muda. Masalah ini akan mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya. Terdapat pelbagai punca kejadian ponteng sekolah yang boleh dirungkaikan dengan terperinci.

    Oleh: Siti Nur Atiqah bt. Norrahman
    3 Aktif :)

    BalasPadam
  14. Pada era pascaglobalsasi yang semakin mencabar ini, isu kesesakan lalu lintas sering menjadi bualan hangat oleh masyarakat tempatan. Jika dibiarkan hal ini akan menjadi semakin parah. Hal ini harus ditangani dengan segera sebelum mencapai tahap yang mencemaskan. Terdapat pelbagai langkah mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di negara kita yang boleh dirungkaikan dengan lebih mendalam.

    Oleh : Siti Nabilah Bte Norahim

    BalasPadam
  15. Harrah's Ak-Chin Casino Resort Map & Floor Plans
    Harrah's Ak-Chin Casino 군포 출장안마 Resort 네이버 룰렛 Floor Plans, Ak-Chin Casino 여수 출장안마 Resort 안성 출장안마 Floor Plans, Harrah's Ak-Chin Casino Resort, Ak-Chin Casino งานออนไลน์ Resort, Ak-Chin Casino Resort,

    BalasPadam