Rabu, 27 Jun 2012

IKHLAS

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Rasulullah SAW menceritakan satu kisah yang tinggi nilainya, ia sepatutnya dijadikan pedoman dan teladan bagi setiap umat Islam yang benar-benar beriman dengan Allah dan rasulNya.


Daripada Ibn Umar r.a. diambil daripada Rasulullah SAW bersabda: “Pada suatu hari, ketika mana tiga orang sahabat bersiar-siar, hujan turun menimpa mereka. Lalu mereka berlindung dalam sebuah gua di sebuah bukit. Tiba-tiba seketul batu yang besar dari atas bukit jatuh menutupi pintu gua tersebut, maka mereka terperangkap di dalamnya. Selepas itu, tiga sahabat itu bercakap di antara mereka: lihatlah amalan-amalan soleh yang kamu lakukannya semata-mata kerana Allah, dan berdoalah kepada Allah dengannya, mudah-mudahan Allah akan meluaskan pintu gua tersebut.
Maka salah seorang daripada mereka berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku pernah mempunyai dua orang ibubapa yang tua, dan aku juga mempunya anak perempuan yang masih kecil dan aku menjaga mereka. Apabila datang waktu pagi, aku akan memberi mereka susu dan aku mulakannya dengan memberi minum ibubapaku dahulu sebelum anakku. Sesungguhnya tempat kerjaku jauh dan bila aku pergi ke sana, waktu petang baru aku pulang. Waktu itu, aku dapati ibubapaku sudah tidur. Aku perlu memberi mereka susu seperti kebiasaan. Aku bawakan mereka susu dan tunggu di sisi mereka. Aku tidak tergamak untuk mengejutkan mereka dari tidur mereka, aku juga tidak tergamak untuk memberikan susu itu kepada anak perempuanku dahulu sebelum mereka, sedangkan anak perempuanku sedang merenget di tepi kakiku. Begitulah keadaanku dan keadaan mereka sehingga naik fajar. Jika Engkau mengetahui bahawa sesungguhnya aku lakukan semua itu kerana mencari keredaanMu, maka Engkau luaskanlah sedikit pintu gua ini sehingga kami dapat melihat langit. Maka dengan doa itu, Allah telah meluaskan sedikit pintu gua itu sehingga mereka dapat melihat kangit.
Maka sahabat yang kedua pula berdoa: Ya Allah! Sesungguhnya aku pernah mempunyai anak saudara perempuan yang aku sangat mencintainya lebih dari kecintaan lelaki kepada wanita. Aku telah minta untuk melakukan zina dengannya, tetapi dia menolak, kecuali aku dapat berikan kepadanya 100 dinar. Maka aku pun berusaha sehingga aku dapat mengumpulkan 100 dinar. Selepas itu aku berjumjpa dengannya bersama-sama 100 dinar tersebut. Sedang aku duduk di antara dua kakinya, (untuk melakukan zina), dia berkata: wahai Hamba Allah! bertakwalah kepada Allah dan janganlah engkau cincin itu kecuali dengan cara sebenarnya. Lantaran itu aku bangun dan menjauhinya. Ya Allah! jika Engkau mengetahui bahawa sesungguhnya aku menjauhi perkara itu semata-mata kerana mencari keredaanMu, maka luaskanlah pintu gua ini. Maka dengan doa itu, Allah meluaskan sedikit pintu gua tersebut.
    Kemudian berdoa pula sahabat yang ketiga: Ya Allah! sesungguuhnya aku pernah mengupah seseorang (melakukan suatu pekerjaan) dengan satu bahagian dari padi.Apabila dia selesai kerjanya, dia berkata: berikan aku upahnya! Aku pun menunjukkannya upahnya, lalu dia meninggalkannya dan tidak menyukainya. Maka aku pun menanamnya (padi tersebut) sehingga aku dapat mengumpul darinya lembu dan penyembalanya. Selepas itu, dia datang lagi kepadaku dan berkata: bertakwalah kepada Allah! dan janganlah kamu menzalimiku, berikanlah kepadaku hak aku! Aku berkata: Pergilah kepada lembu itu dan pengembalanya. Dia berkata: Bertakwalah kepada Allah, jangan mempermainkan aku. Aku berkata: Sesungguhnya aku tidak mempermainkan kamu, ambillah lembu-lembu itu dan pengembalanya sekali, maka lelaki itu pun mengambilnya dan beredar pergi. Jika Engkau mengetahui bahawa sesungguhnya aku melakukan semua itu kerana untuk mendapatkan keredaanMu, maka luaskanlah pintu gua ini. Maka Allah meluaskan pintu gua tersebut. Dan mereka dapat keluar darinya dengan selamat.
(Hadis Riwayat Bukhari, kitab: Adab, bab: al-Birru wa al-Sillah.)
        Keikhlasan, biarpun sekecil kuman, hanya Allah sahaja yang boleh menilainya. Untuk muhasabah diriku juga .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan