Sabtu, 16 Jun 2012

KEJAYAAN HARUS DIBURU BUKAN DITUNGGU

Alahmdulillah lega rasanya selepas seminggu bersengkang mata dan memerah otak . Menduduki peperiksaan di saat-saat usia lewat ini memang banyak dugaan. Seluruh tubuh terasa sakit akibat 'stess' yang dihadapi. Tidur yang tidak cukup menyebabkan kesihatan turut terganggu. Namun aku reda dan pasrah dengan ketentuan-Nya.Aku juga bersyukur kerana meskipun aku terpaksa menempuh pelbagai rintangan kerana belajar lagi pada usia sebegini namun banyak ilmu yang aku dapat dan pelajari. Jika tidak, pasti aku masih lagi 'Buta Komputer'dan sepertinya segala ilmu ini juga banyak mematangkan lagi fikiranku. Melihat kesungguhan rakan-rakan yang sama belajar juga menyuntik semangat aku untuk terus berjuang bersama-sama mereka. Malahan yang lebih membuat aku terharu ' semangat kerjasama' dalam kalangan kami meniti kepayahan dan ranjau-ranjau berduri tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri, bahkan kecemerlangan bersama yang kami sasarkan. Apabila melihat keputusan peperiksaan yang berjaya dicapai dengan cemerlang dalam kalangan kami , pelik rasanya jika anak-anak didikku tidak mampu melakukan seperti yang kami lakukan. Semangat dan sasaran harus ada dalam diri setiap manusia untuk mencapai kejayaan. 'Jika ruyong tidak dipecahkan ,manakan dapat sagunya'. Tamankanlah azam untuk terus mengapai bintang . PMR semakin hampir. Melihat keputusan peperiksaan baru-baru ini , mereka seolah-olah merasakan PMR masih ada setahun lagi. Bangunlah anak-anak didikku daripada buaian mimpi yang lena. Debaran yang kami guru-guru rasakan tidakkah kamu rasai? Masih sempat untuk membuat perubahan. Mari... genggam tangan kami. Kami bantu anda semua menuju kecemerlangan . ingatlah... kejayaan harus diburu bukan ditunggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan